Royalti minyak Kelantan Tengku_Razaleigh_bin_Tengku_Mohd_Hamzah

Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan Kelantan berhak mendapat royalti minyak berdasarkan perjanjian yang ditandatangani oleh beliau selaku Pengerusi Petronas ketika itu, dengan Kerajaan Negeri Kelantan [12]. Berlandaskan Akta Kemajuan Petroleum 1974, Pendirian tersebut itu disampaikan semasa berucap pada majlis solat hajat dan ceramah perdana royalti petroleum di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, Kelantan pada 28 Januari 2010. Turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tengku Razaleigh sebagai orang Kelantan tentu mahu melihat Kelantan mendapat wang royalti minyak itu.[13]

Tengku Razaleigh adalah individu yang bertanggungjawab menandatangani perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri Kelantan pada 1975 di bawah Akta 144 (Akta Kemajuan Petroleum 1974).

Berkaitan